Articles

 

 

Tahniah Diucapkan !


Kumpulan Penyelidikan dan Inovasi LIFTHOR yang diwakili oleh pensyarah dan pelajar perubatan FPSK USIM telah berjaya menggondol anugerah pingat perak didalam 28th International Invention, Innovation and Technology Exhibition 2017 (ITEX 17) yang diadakan di KLCC, KUALA LUMPUR dari 11 hingga 13 Mei 2017 yang lalu.

Kumpulan tersebut dianggotai oleh :

- Prof Madya Dr Rafidah Hanim Binti Mokhtar
- Prof Madya Dr Noor Fadzilah Binti Zulkifli
- Noor Athirah Najwa Binti Noor Azmi
- Iwani Ardini Binti Ismail

_________________________________________________________________________

 

Faktor keluarga memiliki peran penting dalam pembentukan anak menjadi perilaku LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual & Transgender). Ketika seorang anak mendapatkan perlakuan yang kasar atau perlakuan yang tidak baik lainnya, maka pada akhirnya kondisi itu bisa menimbulkan kerenggangan hubungan keluarga serta timbulnya rasa benci si anak pada orang tuanya. Seorang anak juga yang dalam lingkungan keluarganya kurang mendapatkan kasih sayang, perhatian, serta pendidikan baik masalah agama, seksual, maupun pendidikan lainnya sejak dini bisa terjerumus dalam pergaulan yang tidak semestinya. Di saat anak tersebut mulai asik dalam pergaulannya, maka ia akan beranggapan bahwa teman yang berada di dekatnya bisa lebih mengerti, menyayangi, serta memberikan perhatian yang lebih padanya.

Hal ini diungkapkan oleh Assoc Prof Dr. Rafidah Hanim Mokhtar dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), yang menjadi pembicara dalam seminar “PSKI the series Deteksi dan Pendampingan LGBT : Konsep dalam Islam dan Pengalaman di Indonesia dan Malaysia”, di Ruang Sidang AR Fahrudin A lt.5 pada Rabu (29/3).

Rafidah yang juga seorang penyelidik kesehatan transgender menyatakan di Malaysia ada lembaga pemerintah yang mengatur urusan agama Islam, yaitu JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Dan mereka sudah membuat sebuah modul tentang perlakuan dalam transgender. “JAKIM sudah mengeluarkan modul tentang perlakuan terhadap transgender untuk mengatur perlakuan untuk transgender. Pasalnya kita mencoba untuk menginsyafkan para pelaku transgender tersebut karena banyak yang dibiarkan. Bagaimana mereka nanti statusnya jika sudah meninggal? Apakah mereka laki-laki atau perempuan,”ungkapnya.

Walaupun mereka sudah mulai insyaf dan bahkan melakukan umroh, menurut Rafidah, terdapat godaan bagi mereka untuk menjalankan pekerjaan mereka kembali. “Mereka bahkan setelah umroh masih rindu pekerjaannya. Rindu mendapat uang dengan mudah, rindu dengan gaya hidup lamanya. Itu jadi tantangan kami, maka kami usahakan mereka selalu dalam pengawasan dengan selalu bersilaturahim dan berkomunikasi dengan mereka,”ujarnya.

Rafidah yang juga pernah beberapa kali menemui pelaku LGBT melanjutkan cerita pengalamannya. Untuk kasus LGBT, Rafidah menyatakan bahwa pelaku LGBT harus diperlakukan dengan baik, didekati secara lembut, tidak menghukum, dan bersifat sukarela terhadap individu yang berminat. “Kita tidak bisa memaksa pelaku LGBT, pelaku gay dan lesbian tidak bisa langsung dipaksa menikah dengan lawan jenisnya. Kita menahan dia untuk tidak melakukan hubungan sejenis saja sudah baik, selanjutnya terserah mereka,”jelasnya.

Akhir-akhir ini tantangan melawan LGBT makin besar. Beberapa Negara, termasuk Negara-negara besar bahkan dengan lantang membela hak-hak kaum LGBT. “Bahkan menurut National Geographic, Gender ada hingga 72, tidak lagi hanya laki-laki dan perempuan. Di UK, bahkan mereka tidak lagi menggunakan istilah pregnant mother, karena tidak hanya perempuan yang hamil. Istilah yang merujuk kepada jenis kelamin juga mulai dihilangkan. Seperti lioness, yang berarti singa betina tidak dipakai demi mengakomodir hak-hak LGBT,” paparnya. (bagas)

............................................

[ Sumber berita dari laman web Universitas Muhammadiyah Yogyakarta : http://www.umy.ac.id/keluarga-miliki-peran-penting-dalam-pembentukan-perilaku-lgbt.html ]

 

 

_________________________________________________________________________

 

Nilai, 30 Mac 2017 – Majlis Pecah Tanah Tapak Bangunan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur, Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi bertempat di Tapak Bangunan FPSK, USIM.

Majlis ini merealitikan hasrat universiti untuk memiliki bangunan fakulti FPSK yang dilengkapi dengan kemudahan prasarana pengajaran dan pembelajaran. Projek pembangunan yang telah berjalan adalah di bawah seliaan JKR Negeri Sembilan dan dijangka siap pada Julai 2019. Ia juga bagi meraikan bakal pelajar kemasukan sesi akademik 2019/2020 yang akan menjadi tanda aras kepada peningkatan prestasi pelajar dan kakitangan FPSK.

“Apabila FPSK telah ada bangunan pentadbiran sendiri, ia akan merancakkan perkembangan fakulti dari aspek pembelajaran dan pengajaran (P&P), penawaran program, aktiviti inovasi dan penyelidikan selain menjadikan kos operasi yang lebih efektif,” ujar Prof Dato Dr Musa Ahmad Naib Canselor USIM.

”Dengan adanya bangunan ini nanti, ia disusuli dengan projek pembinaan Fakulti Pergigian dan hospital pengajar USIM, maka lengkaplah pembangunan Kompleks Kesihatan USIM, Insyaallah. Kita mendoakan pembangunan ini akan mengalirkan manfaat berterusan kepada ummah dan negara, sesuai dengan matlamat kita menjadikan Kampus USIM sebagai Kampus Barakah,” tambahnya lagi.

Manakala Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd. Nur dalam ucapan perasmiannya menyatakan bahawa beliau ingin memberi jaminan bahawa pihak Kementerian akan terus komited dalam memberikan kerjasama dan sokongan yang padu dalam menjayakan projek pembinaan bangunan FPSK ini dan seterusnya satu Kompleks Kesihatan yang lengkap dapat dibangunkan.

“Semoga usaha ikhlas kita untuk memajukan pendidikan tinggi Malaysia demi mempertingkatkan taraf hidup, kemampanan dan daya saing rakyat Malaysia, mendapat keberkatan dan restu Yang Maha Esa,” ucapnya.

”Saya mewakili Kementerian Pendidikan Tinggi amat berharap dengan wujudnya bangunan sendiri ini akan menyuntik energi positif di kalangan warga fakulti seterusnya akan memacu kecemerlangan pendidikan tinggi negara khususnya dalam bidang perubatan dan sains kesihatan di peringkat siswazah dan pasca siswazah. Usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan akan dapat disemarakkan lagi selepas ini dan pembangunan graduan yang seimbang dapat dilonjakkan”, tambah beliau lagi.

Majlis turut dihadiri oleh Prof Emeritus Dato Dr. Nik Nasri Nik Ismail, Pengarah Pejabat Penyelarasan Pembinaan Kompleks Kesihatan USIM, Prof Madya Dr. Muhammad Shamsir Mohd Aris, Dekan FPSK dan wakil-wakil Jabatan Kerja Raya Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

 

_________________________________________________________________________

 

AMPANG, 22 Feb 2017 – DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud selaku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama YAM Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz, Pro Canselor USIM membuat kunjungan sulung ke Kampus USIM di Pandan Indah, Kuala Lumpur.

Kunjungan ini dibuat sempena Lawatan Kerja DYMM Tuanku Canselor dan YAM Tunku Pro Canselor untuk melihat secara dekat perkembangan Kampus ...USIM di Pandan Indah dari segi kemudahan fasiliti, prasarana, kemudahan pembelajaran dan pengajaran dan beramah mesra bersama para pelajarnya. Kampus USIM Pandan Indah yang menempatkan dua buah fakulti iaitu Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan (FPSK) dan Fakulti Pergigian (FPg) mempunyai seramai 227 orang staf akademik dan pentadbiran serta seramai 641 orang pelajar.

Dalam sembah taklimat perkembangan FPSK yang disampaikan oleh Profesor Emeritus Dato’ Dr Nik Nasri Nik Ismail, beliau memaklumkan projek pembinaan bangunan FPSK di Nilai dijangka siap pada tahun 2019.

Antara kemudahan yang dilawati oleh DYMM Tuanku adalah Poliklinik Pergigian Pelajar, Klinik Pakar Pergigian, Skil Lab, Muzium Anatomi dan Learning Space. Sempena lawatan ini juga, DYMM Tuanku turut berkenan merasmikan Galeri FPg. Lawatan kerja ini juga disertai oleh Ahli Lembaga Pengarah USIM serta Pengurusan Kanan Universiti.

 

 ________________________________________________________________________

Ucapan tahniah diucapkan kepada Dr Hanisah Hassan diatas Anugerah Pelajaran Diraja pada Majlis Konvokesyen USIM 2016 ini.

Turut diraikan pelajar FPSK batch-6 yang telah selamat bergraduasi pada hari sabtu yang lalu. Selamat berbakti pada masyarakat dan negara Malaysia yang tercinta. Alhamdulillah & Syabas !!

 

 ________________________________________________________________________


 

Majlis Perasmian Klinik Pakar Kesihatan Usim (KPKUSIM) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah diadakan pada 21 Oktober 2016/ 20 Muharram1438H. Klinik ini dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato Seri Utama Haji Mohamad b Haji Hasan dan dihadiri oleh Naib Cancelor Usim, Profesor Dato Musa Ahmad.

Beberapa aktiviti telah dijalankan semasa perasmian ini, iaitu penyampaian kelulusan Zoning Pusat Hemodialysis USIM-MAINS, penghargaan kepada Panel KPKUSIM, pelancaran Tabung Tabarru’ USIM, lawatan pameran dan kawasan sekitar klinik oleh Menteri Besar.

Klinik patuh syariah ini memberikan perkhidmatan kesihatan berasaskan etika islam disamping memupuk kesedaran masyarakat tentang potensi wakaf dan infak. Klinik ini adalah klinik pertama yang mempunyai entiti seperti ini.

_________________________________________________________________________

Satu syarahan perdana yang julung kali dianjurkan oleh FPSK USIM, yang disampaikan oleh guru dan mentor kami Prof Emeritus Dato Dr Nik Mohd Nasri Nik Ismail.

Begitu banyak ilmu dan perkongsian telah disampaikan oleh beliau.

Ucapan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa, dan ahli fakulti yang menjayakan acara ini, dan penghargaan kepada semua yang turut hadir dari kalangan USIM dan dari luar USIM.

_________________________________________________________________________

 

Setinggi Tahniah diucapkan kepada Pasukan Penyelidik Muda FPSK Yang Telah Mewakili USIM Ke Pertandingan Inovasi

BRITISH INVENTION SHOW 2016
19-22 OKTOBER 2016,
BARBICAN EXHIBITION CENTER LONDON

Di Atas Kejayaan Merangkul :

Projek : Mobile Intravenous Drip (MIV)

Pingat :
1. Special Award: Platinum (Consumer Category)
2. Gold (Innovation Category)
3. Silver (Design Category)

Ahli Kumpulan :
Supervisor : Prof. Madya Dr. Ahmad Najib Azmi
1.Muhammad Akmal bin Sallahudin
2.Hazwan Syahmi bin Hashim

___________________________

Projek : JVP Ruler

Pingat :
1. Gold (Innovation Category)
2. Silver (Design Category)

Ahli Kumpulan :
Supervisor:Dr. Mohd Dzulkhairi Mohd Rani
1.Balqis Muhammad Kasim
2.Muhammad Hilmi Mohd Pazli
3.Asral Wijhan Ahmad Asnawi
4.Muhammad Izzul Muhsin Ashri
5.Nurul Fatihah Mohd Hafiz
6.Zakeyyah Zabarjad Mohd Said

British Invention Show adalah salah satu pertandingan inovasi dan rekacipta di peringkat dunia di mana peserta dari seluruh dunia menunjukkan bakat rekacipta dan inovasi mereka. Setiap tahun, ia diadakan di London, United Kingdom. USIM tidak mahu ketinggalan dan telah menghantar 2 pasukan. Secara kebetulan, kedua-dua pasukan itu adalah dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, USIM.

Kumpulan Asdiqa yang diwakili Professor Madya Dr. Ahmad Najib Azmi dan saudara Muhammad Akmal Sallahuddin manakala kumpulan Bifaz diwakili oleh Dr. Mohd. Dzulkhairi Mohd. Rani dan saudari Balqis Muhamad Kasim. Kumpulan Asdiqa membawa produk Mobile Intravenous Drip (MIV) manakala kumpulan Bifaz membawa produk Jugular Venous Pressure (JVP) ruler. Delegasi USIM berada di London selama 7 hari dari 16 Oktober hingga 23 Oktober.

British Invention Show 2016 diadakan selama empat hari dari 19 hingga 23 Oktober di Barbican Centre, London. Hasil keputusan pertandingan mendapati delegasi USIM untuk produk MIV berjaya memenangi satu pingat perak (rekabentuk), satu pingat emas (inovasi) dan anugerah khas Platinum (pengguna), manakala produk JVP ruler memenangi pingat perak (rekabentuk) dan pingat emas (inovasi).

Kami berharap FPSK akan meneruskan lagi budaya inovasi dan rekacipta di kalangan pensyarah dan pelajar perubatan. Banyak pengalaman dan ilmu yang kami timba daripada penglibatan ini. Semoga FPSK akan terus berjaya pada masa akan datang.

Laporan: Muhammad Akmal Sallahuddin (Pelajar Tahun 3 FPSK, USIM)

_________________________________________________________________________ 

 

Selamat Datang !

FPSK USIM mengalu-alukan kedatangan pelajar baharu bagi sesi 2016/2017 yang telah melapor masuk pada 8 September 2016. Semoga para pelajar akan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran yang baru ni, sekaligus dapat mengecap kejayaan demi kejayaan bersama FPSK USIM.

________________________________________________________________________

 

 

UNIKL INAUGURAL INTERMEDICAL COLLEGE PATHOLOGY QUIZ

Tahniah !!

Pasukan pelajar tahun 4 FPSK USIM telah memenangi pertandingan berkenaan dan telah dinobatkan sebagai Juara.


1. Nur Syahirah Binti Razak
2. Nabihah Binti Mohd Asri
3. Ahmad Faris Bin Mohd Yusof
4. Mohamad Ikhwan Bin Zulkifli

Ianya telah berlangsung di UNIKL RCMP, Ipoh. Perak Darul RIdzuan.

_________________________________________________________________________

Pada 21 Jun yang lalu bersamaan 16 Ramadan, YBhg. Profesor Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak telah sudi meluangkan masa untuk sesi ramah mesra dan majlis berbuka puasa bersama kakitangan pelaksana USIM kampus Pandan Indah khususnya staf FPSK dan FPG.

Didalam majlis tersebut, Tan Sri banyak berkongsi pengalaman dan mendengar cadangan dari staf-staf.

_________________________________________________________________________

 

Ucapan Tahniah diucapkan kepada Saudari Nurjihan Sinin
(Pelajar Pascasiswazah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM)

Kerana telah memenangi pembentangan kertas kerja terbaik di Seminar Penyelidikan Kebangsaan (SPK 2016)

Kertas kerja telah disediakan oleh:
Nurjihan Sinin, Dr. Nazefah Abd Hamid, Prof. Madya Dr. Noor Fadzilah Zulkifli, Prof. Datuk Dr. Ainoon Othman, Halimah Mustafa dan Dr. Asral Wirda Ahmad Asnawi

Bertajuk:
Sensitivity of Blood Cells' Maturation Pattern In The Diagnosis of Myelodysplastic Syndrome Using Flow Cytometry-A Systematic Review

Tarikh :
14 Mei 2016

Bertempat di :
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim.
Perak Darul Ridzuan

TAHNIAH DIUCAPKAN

_________________________________________________________________________

Produk ciptaan pelajar FPSK telah memenangi Pingat Emas ITEX Award dibawah Bioteknologi dalam kategori Health & Fitness.

ITEX 2016 diadakan di KLCC mulai 12-14 Mei 2016. Tahniah diucapkan atas kejayaan produk "Mobile Intravenous Drip"

_________________________________________________________________________

FPSK USIM yang diwakili oleh Timbalan Dekan Akademik dan Penyelidikan, Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar telah dijemput untuk membentangkan kurikulum Naqli & Aqli dalam pendidikan perubatan di Mesyuarat Tahunan Forum Kedoktoran Islam Indonesia ( FOKI ) di Semarang pada 5-6 Mei 2016.

Indonesia mempunyai lebih 70 kolej/fakulti perubatan dengan keunikan tersendiri. Lebih kurang 35 daripadanya adalah fakulti kedokteran yang menerapkan nilai Islam didalam silibus mereka. Delegasi fakulti2 kedokteran dari Indonesia ini mewakili kawasan geografi yang besar eg dari Makassar (Sulawesi),  Lombok,  Sumatera dan pulau Jawa sendiri (Jakarta, Jogjakarta, Bandung, Semarang, Malang).

Alhamdulillah, kurikulum USIM menarik minat ramai dengan keseimbangan ilmu Naqli dan Aqli, walaupun ramai wakil fakulti kedokteran berpendapat agak sukar bagi seorang pelajar perubatan menghabiskan 3 juzuk di sana seperti yang diamalkan USIM. FPSK USIM berupaya memenuhi visi universiti dalam menjadi rujukan nusantara dalam kurikulum perubatan berasaskan integrasi Naqli dan Aqli.

 ________________________________________________________________________

 

Pelajar FPSK di bawah bimbingan Dr. Fadlul Azim Fauzi Mansor telah menyertai Kuiz Parasitologi dan Oratorikal Intervasiti yang dianjurkan oleh Universiti Malaya pada 20 April 2016. Kuiz yang julung-julung kali diadakan ini turut disertai oleh 9 universiti awam dan swasta yang lain.

Peringkat separuh akhir menyaksikan persaingan sengit antara USIM, UPM dan AIMST. Pelajar USIM telah berjaya mara ke peringkat akhir dan merangkul tempat ke-3. Universiti Malaya dan Manipal International University masing-masing merangkul johan dan naib johan kuiz pada kali ini.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Mohamad Ikhwan bin Zulkifli, Nur Syahirah binti Razak, Istihana binti Mohamed Kamal, Suraya Hanani binti Mat Shaari dan Dr. Fadlul kerana telah berjaya mengharumkan nama USIM khususnya Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan atas kejayaan yang diperolehi.

 ______________________________________________________________________

 

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan sekali lagi melakar sejarah dengan pelancaran khidmat pakar bergeraknya, "KliP MOBILE". Menurut pengarahnya, Dr. Azlina Mokhtar, program kerjasama antara USIM dan Kerajaan Negeri Sembilan ini bertujuan untuk menawarkan perkhidmatan perubatan pakar mata  kepada penduduk di kawasan luar bandar atau pedalaman yang tidak mempunyai capaian baik kepada perkhidmatan tersebut. Pasukan khidmat pakar mata bergerak ini turut disertai oleh doktor pakar yang lain antaranya Dr. Maimunah Muna'im, Dr. Siti Sarah Seri Masran dan Dr. Norlelawati Zainol selain beberapa orang staf sokongan perubatan dan teknikal serta pemandu mobile sendiri. Sejak mula beroperasi pada bulan Januari 2016 sehingga kini, KliP MOBILE telah pun merantau ke beberapa kawasan luar bandar antaranya Kg. Panchor, Klinik Kesihatan Beranang, Kg. Tanjung Agas Port Dickson, Sek. Keb. Sungai 2 Gemencheh, Masjid Putra Nilai dan Kg. Serdang Purun, Kuala Pilah. Tahniah dan terima kasih diucapkan di atas khidmat bakti murni ini. Penduduk Negeri Sembilan pastinya berasa sangat bertuah kerana dapat merasai khidmat pakar yang jarang-jarang dapat dirasai oleh penduduk di kawasan yang lain.    

______________________________________________________________________

 

Pada 3 Mac 2016, Pusat Pengajian Siswazah (PPS), telah mengadakan Three Minute Thesis (3MT) Competition USIM. Dalam pertandingan ini, peserta perlu menyampaikan keseluruhan thesis untuk projek masing-masing menggunakan Bahasa yang mudah difahami oleh orang awam dalam masa 3 minit sahaja. FPSK telah menghantar dua wakil pelajar pascasiswazah iaitu Atikah Binti Mohd Shukor dan Halimah Binti Mustafa.  "Saya melihat pertandingan ini sebagai satu medium yang baik bagi persediaan saya menghadapi viva pada masa depan. Saya berharap semoga lebih ramai lagi pelajar pascasiswazah akan menyertai pertandingan ini bagi mencungkil bakat dan potensi diri," Atikah Muhd Shukor. Halimah Binti Mustafa, yang juga Juara bagi 3MT kategori sains dan teknologi berkata, pertandingan ini juga membantu dalam membina keyakinan diri untuk tampil di hadapan khayalak ramai dan menyampaikan kajian yang sedang dilakukan. Pertandingan ini juga memberi cabaran yang hebat kepada peserta kerana hasil kajian perlu disampaikan dengan tepat, padat dan menarik dan masa yang diberikan pula, hanya 3 minit. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Atiqah dan Halimah di atas kejayaan yang membanggakan ini.

_______________________________________________________________________

 

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan bersama Universiti Teknologi Mara dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah menganjurkan satu seminar yang melibatkan guru-guru kaunseling sekolah menengah seluruh Negeri Sembilan.

Seminar yang bertajuk Training of Trainer Program on Human Papilloma Virus and awareness for Cervical Cancer Prevention for Secondary School Counselor in Negeri Sembilan ini di ketuai oleh Dr. Nuruliza binti Roslan. Seminar yang telah berlangsung selama empat hari ini di bahagi kan kepada dua zon mengikut Daerah di Negeri Sembilan untuk memudahkan kehadiran guru kaunseling dari setiap daerah. Zon pertama yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor, USIM, Nilai pada 1 dan 2 Mac 2016 ini telah dihadiri oleh guru kaunseling dari Daerah Port Dickson, Seremban dan Tampin dan bagi zon dua pula diadakan di Kolej Matrikulasi Kuala Pilah telah dihadiri oleh guru kaunseling dari Daerah Jempol, Jelebu, Kuala Pilah dan Rembau akan berlangsung pada 8 dan 9 Mac 2016.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan peserta adalah 124 orang peserta dan melibatkan 7 orang pensyarah dari USIM dan seorang pensyarah dari UiTM sebagai penceramah. Seminar ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terutama guru, pelajar dan ibu bapa mengenai kepentingan vaksin HPV dan faktor utama kanser pangkal rahim iaitu virus HPV. Seminar dan program perkongsian ilmu ini tidak terhenti setakat seminar bersama guru kaunseling, program ini akan berpanjangan dimana pihak USIM akan memantau 14 buah sekolah terpilih untuk melihat guru kaunseling melakukan perkongsian ilmu dan sekali gus melihat keberkesanan program ini terhadap guru, pelajar dan ibu bapa.

 ______________________________________________________________________

Tahun 2016 membuka lembaran baru bagi FPSK dengan penawaran kursus terbaru ijazah Sarjana Sains Perubatan ataupun Master In Medical Sciences (M.MedSc). Seramai 6 orang pelajar telah mendaftar untuk menjalani ijazah sarjana ini terdiri daripada 5 orang pelajar tempatan di mana 2 merupakan pensyarah pelatih perubatan FPSK manakala seorang pelajar antarabangsa.

Penawaran kursus M.MedSc ini telah diterajui oleh Allahyarham Prof. Yunus Abdullah sehingga mendapat kelulusan Lembaga Akreditasi Negara untuk ditawarkan di FPSK. Perkembangan ini adalah kesinambungan usaha FPSK untuk melonjakkan aktiviti penyelidikan dan penghasilan modal insan lanjutan dari pengijazahan pelajar sarjana pertama FPSK, Puan Asmalita Syaiful, pada majlis konvokasi tahun lepas. Tambahan lagi, seramai dua lagi pelajar sarjana FPSK, En. Syimir Syaziman dan Cik Nadila Haryani Osman, telah lulus ujian lisan atau viva tesis masing-masing pada suku pertama tahun ini. Kehadiran seramai 40 orang pelajar sarjana dan doktor falsafah di FPSK dilihat menyemarakkan aktiviti penyelidikan dan penerbitan dalam usaha mencapai visi 3R USIM iaitu Respected, Referred, Relevant khusus untuk mengintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli sebagai sumbangan USIM kepada peningkatan ummah.

  _____________________________________________________________________

 

 

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan telah berjaya menganjurkan Seminar Susu Ibu sekali lagi pada tahun 2015. Program ini telah berlangsung pada 28 hingga 29 Disember yang lalu bertempat di Auditorium Hospital Ampang. Seminar yang berjaya menarik penyertaan sehingga lebih kurang 100 peserta ini bermatlamat untuk mewujudkan kesedaran dan minat tentang penyusuan ibu selain menyampaikan ilmu, tips serta teknik asas tentang penyusuan ibu. Pengarah program, Dr. Salleha Khalid berpendapat bahawa program ini telah berjaya mendapat maklum balas positif daripada para peserta dan ramai menyatakan sokongan agar seminar ini dijadikan sebagai aktiviti tahunan.

______________________________________________________________________

 

 

Kem Pembangunan Sahsiah dan Profesionalisme atau Professional and Personal Development camp (PPD) bagi pelajar Tahun 3 sesi 2015/2016 Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan telah berlangsung dengan jayanya daripada 28 sehingga 31 Disember 2015. Kem yang diketuai oleh pengarah program, Dr Mohd Hafiz ini telah disertai oleh 80 orang pelajar perubatan dan dibantu oleh barisan urusetia serta fasilitator yang terdiri daripada pensyarah dan staf sokongan fakulti. Program yang berobjektif untuk meningkatkan keyakinan diri dan sikap profesional pelajar ini telah berlangsung di Kem Bina Negara Alor Gajah, Melaka. Para peserta telah mengharungi kem 5 hari ini dengan jayanya dan diharapkan segala bimbingan yang diperolehi dapat dimanfaatkan dalam rutin harian mereka sebagai pelajar perubatan seterusnya apabila bergelar doktor di masa hadapan. Syabas dan tahniah kepada barisan urusetia serta fasilitator program.

______________________________________________________________________

 

 

Pasukan operasi khidmat masyarakat FPSK telah berjaya meluaskan operasi khidmat masyarakat mereka di Kg. Klokamao, Krabi, Thailand pada tahun 2015 ini. Program yang kebiasaannya dijalankan di dalam negara ini telah berlangsung pada 31 November sehingga 4 Disember 2015. Pengarah program, Dr. Abu 'Ubaidah Amir berkata, program tersebut bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat setempat tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat dalam mencegah penyakit. Selain itu, program saringan kesihatan dan khidmat nasihat pakar turut dijalankan. Pensyarah FPSK yang turut terdiri daripada Dekan dan Timbalan Dekan sendiri serta pelajar perubatan yang turut serta dalam operasi kali ini telah berpeluang mempelajari gaya hidup masyarakat setempat dan juga berasa bertuah kerana dapat memberi khidmat mereka di sana.


 

 

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan merasa amat bangga melahirkan graduan sulung Sarjana Sains, saudari Asmalita Syaiful yang diselia oleh Dr Khairun Nain dan Dr Dzulkhairi.

Insya Allah FPSK bertekad melahirkan lebih ramai modal insan di peringkat kepakaran yang lebih tinggi.Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan merasa amat bangga melahirkan graduan sulung Sarjana Sains, saudari Asmalita Syaiful yang diselia oleh Dr Khairun Nain dan Dr Dzulkhairi.

Insya Allah FPSK bertekad melahirkan lebih ramai modal insan di peringkat kepakaran yang lebih tinggi.

 


FPSK telah berjaya mengadakan ICMH 2015 dengan jayanya. Beberapa penceramah terkenal telah dijemput untuk berkongsi info-info menarik didalam ceramah mereka.

ICMH 2015 telah diadakan di Hotel Istana Kuala Lumpur pada 17-18 Oktober 2015.

_____________________________________________________________________________________________

Berita lengkap akan menyusul kemudian.

__________________________________________________________________________________________

Seminar ORL & Oftalmologi usahasama Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM dan Hospital Ampang telah diadakan dengan jayanya di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi pada 11 - 12 Ogos 2015.  Seramai lebih daripada 120 org peserta telah mengikuti seminar ini yang terdiri daripada pegawai pakar perubatan, pegawai perubatan , paramedik serta jururawat daripada kedua-dua jabatan. Selain daripada ceramah dan panel diskusi berkaitan dengan ORL dan Oftalmologi, seminar ini turut juga memuatkan ceramah mengenai penyelidikan dan juga bengkel –bengkel yang berkaitan dengan kedua-dua jabatan ORL dan Oftalmologi.  

_________________________________________________________________________________________________

 

Bersempena Bengkel Pemurnian Kurikulum Jabatan Sains Perubatan I, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan yang berlangsung pada 10 dan 11 Ogos 2015, pihak jabatan turut berbesar hati mengadakan majlis penghargaan untuk Prof. Madya Dr. Jamilah Jamaludin.

Yang berbahagia Prof. Madya Dr. Jamilah yang akan bersara pada penghujung bulan Ogos ini merupakan pensyarah senior di Unit Fisiologi dan telah banyak menabur bakti bukan sahaja kepada Unit Fisiologi bahkan juga merupakan antara individu pertama yang merintis dan mencorak kurikulum program perubatan, Universiti Sains Islam Malaysia.

Individu cekal yang kuat berpegang kepada amanah dan tanggungjawab dalam melahirkan doktor perubatan Islam yang berorientasikan integrasi ilmu naqli dan aqli ini pastinya akan menjadi kehilangan yang amat besar kepada pihak fakulti. Namun begitu, Prof. Madya Dr. Jamilah tetap menyatakan kesudiannya untuk datang membantu sekiranya diperlukan. Semoga Allah jua yang membalas segala jasa dan pengorbanan beliau.

Di dalam majlis ini, pihak jabatan melalui sumbangan ikhlas pensyarah-pensyarah Sains Perubatan I telah menyampaikan cenderamata penghargaan berbentuk seutas gelang tangan kepada yang berbahagia Prof.

___________________________________________________________________________

Jabatan Sains Perubatan I, Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan telah mengadakan Bengkel Pemurnian Kurikulum selama 2 hari di Hotel Bangi Putrajaya bermula dari 10 hingga 11 Ogos 2015. 

Bengkel ini adalah bertujuan untuk memurnikan kurikulum sedia ada dengan mengambil kira pandangan semua pihak termasuk pemeriksa luar, para pensyarah, pelajar serta bimbingan dan input daripada Unit Pendidikan Perubatan.

Secara ringkasnya, bengkel in telah berjaya mencapai matlamatnya dalam usaha menambah baik kurikulum pra-klinikal bagi subjek anatomi, biokimia dan fisiologi. Sekalung penghargaan buat Unit Biokimia selaku penggerak utama bengkel serta individu lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan pelaksanaan bengkel ini.


Para Pelajar Yang Terlibat Dalam Program PPD ialah yang akan memasuki tahun 4 dan tahun 6. Untuk pelajar tahun 4, program ini membantu mereka dalam persediaan untuk memasuki tahun klinikal. Manakala pelajar tahun 6, mereka akan mempelajari tentang persediaan untuk menghadapi alam kerja sebagai seorang doktor perubatan.

Antara objektif yang penting ialah untuk membimbing pelajar untuk lebih yakin diri dan professional, memupuk d semangat bekerja di dalam kumpulan, persediaan para pelajar bagi tahun klinikal dan alam pekerjaan doctor, membincangkan aspek kesihatan yang kontroversi dan terkini dan memberikan perkhidmatan saringan kesihatan kepada penduduk setempat.

Jumlah pelajar ialah 79 orang pelajar tahun 4 dan 53 orang pelajar  tahun 6.

Tempat: Kem Bina Negara, Gunung Pulai, Johor.

___________________________________________________________________________

 

 

FPSK telah menganjurkan Kursus Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja yang diadakan pada 21-22 Mei 2015 di Dewan Kuliah Ibn Sina. Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli fakulti tentang amalan keselamatan dan kesihatan yang betul di tempat kerja dan bagi memastikan sifar kemalangan di tempat kerja dengan memberikan pendedahan kepada ahli fakulti. Kehadiran peserta adalah seramai 70 orang yang terdiri daripada pensyarah, pelajar siswazah, staf makmal dan juga 15 orang peserta dari KPJ Healthcare Sdn Bhd. Para peserta telah didedahkan dengan pengenalan kepada keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, hazard  di tempat kerja serta lain-lain. Para peserta turut mengikuti safety tour dan walkthrough survey di mana para peserta diberikan checklist dan dibawa melawat ke makmal-makmal FPSK.

___________________________________________________________________________ 

Acara kemuncak yang dinantikan selama sambutan 10 tahun FPSK ini adalah majlis makan malam amal 2015. Majlis tersebut telah diadakan dengan penuh kemeriahan di Hotel Everly Putrajaya bertepatan tema majlis iaitu "Masquerade & Elegance".
Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Y. Bhg. Profesor Dato' Dr. Mohamed Asin bin Dollah. Beberapa persembahan yang menarik dan mencuit hati telah dipersembahkan oleh para pelajar FPSK sendiri. Ternyata bakat yang ada masih boleh digilap demi mencapai cahaya yang bakal bergemerlapan selaku seorang doktor suatu hari kelak.

Beberapa orang anak yatim turut diraikan dimajlis ini dan sedikit sumbangan ikhlas dari pihak FPSK USIM telah diberikan kepada Persatuan Kebajikan Projek Iqra' SeMalaysia. Acara cabutan bertuah, pakaian terbaik kategori pelajar & staf turut diadakan pada majlis ini. Kemeriahan dan silaturrahim yang semakin erat dapat dirasakan.

Walaupun sambutan 10 tahun FPSK USIM telah pun berakhir, namun fakulti ini akan terus maju melangkah kehadapan demi memikul amanah dan tanggungjawab mendidik anak bangsa selari dengan visi dan misi Universiti Sains Islam Malaysia yang tercinta.

 


FPSK telah berjaya menganjurkan Sukan Interaksi Ukhwah buat kali yang kedua pada 13/12/14 yang lalu. Sukan ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim diantara kakitangan akademik, sokongan dan pelajar di samping menggalakkan gaya hidup sihat dikalangan warga fakulti.

Setiap kakitangan dan pelajar telah dibahagikan kepada 4 kumpulan, merah, kuning, hijau dan biru. Beberapa acara telah dipertandingkan antaranya futsal, bola tampar dan bola jaring. Rumah kuning telah berjaya mengumpul markah terbanyak dan dihadiahkan rumah terbaik keseluruhan diikuti oleh rumah merah, hijau dan biru.

Secara ringkasnya, aktiviti ini telah berjaya mencapai objektifnya untuk merapatkan jurang antara pelajar dan kakitangan serta memupuk budaya bersukan dikalangan warga fakulti.

 


Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tahun ini sekali lagi menganjurkan Program Ekspo Inovasi Islam untuk kali yang ke-5 (i-Inova’14) dengan tema ‘Commercialisation of Innovation for Ummah Well-Being’ bagi meneruskan matlamat awal penganjurannya iaitu meneroka dan mengembalikan tradisi keilmuan Islam yang terbilang sesuai dengan persekitaran dan teknologi terkini.

Pasukan daripada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan telah berjaya memenangi pingat emas melalui produk ciptaan mereka, ‘Jvp Ruler’ dan ‘Hurma’.

Jvp ruler turut diberikan anugerah khas, al-khawarizmi, di dalam pertandingan tersebut.

 


Satu majlis perasmian 10 tahun FPSK telah berlangsung pada 21 November 2014. Sehubungan itu, beberapa aktiviti telah disusun, antaranya adalah hari terbuka FPSK yang turut diadakan pada hari yang sama dgn majlis perasmian tersebut. Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti.

Antara aktiviti yang diisi pada program hari terbuka FPSK ini adalah pameran kesihatan, pemeriksaan kesihatan, ceramah kerjaya, lawatan fakulti, demonstrasi klinikal, gerai jualan.

 


Kem BTN Ulu Sepri Rembau adalah lokasi yang dipilih sebagai destinasi untuk kursus KPSP pada tahun ini. Objektif kursus ini adalah supaya para pelajar dapat memantapkan jati diri sebagai rakyat Malaysia dan juga meningkatkan kekuatan fizikal & mental demi mengharungi cabaran apabila bergelar seorang doktor kelak.


Setelah beroperasi selama beberapa tahun, akhirnya pejabat pentadbiran FPSK Usim cawangan Temerloh, Pahang telah pun dirasmikan dengan penuh rasa kesyukuran. Dengan termetrainya majlis ini, kerjasama antara Usim dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah telah pun menuju ke tahap yang baru demi kemudahan & kecemerlangan para pelajar. Upacara perasmian disempurnakan oleh Y.Bhg. Professor Dato' Dr. Asma Ismail selaku Naib Canselor Usim pada tanggal 22 Mei 2014.

 


 

Berlangsung di dewan aras 11 FPSK, satu kursus peningkatan diri & kecemerlangan kerja telah diadakan. Kira-kira seramai 30 orang staf menghadirkan diri demi pemantapan diri dari segi kerjaya. Ianya dianjurkan oleh pihak FPSK dan sesi kursus telah dilakukan oleh pakar motivasi dari luar.
Diharap para peserta telah dapat memotivasikan diri demi kecemerlangan individu secara khasnya dan universiti secara amnya.

 


 

Pada 17 hingga 19 April 2014 yang lalu Dr Yasmin binti Othman Mydin telah dijemput sebagai Honorable Guest Speaker di The 10th International Conference on Psychiatry, Psychiatric Models: Psychological and Biological Perspectives di Jeddah. Ianya dianjurkan oleh Saudi German Hospital dan Sudi Psychiatric Association.

Semoga segala perkongsian & pembentangan akan mengharumkan nama FPSK, USIM dan negara Malaysia secara amnya.

 


Majlis doa selamat & jamuan telah diadakan untuk Encik Mohd Khir pada 6 Mac 2014 yang lalu. Ini kerana tarikh tersebut adalah hari terakhir beliau berkhidmat di USIM.

Beliau akan memulakan tugas baharu di Kementerian Sumber Manusia. Terima kasih diucapkan diatas segala khidmat bakti yang dicurahkan selama ini. Selamat Maju Jaya diucapkan kepada Encik Mohd Khir dari kami warga FPSK Usim.

 


Staf yang berdedikasi adalah hasil dari kerukunan rumah tangga..Begitulah kata-kata warisan yang sering kita dengar. Sehubungan itu, FPSK telah menganjurkan satu program pembangunan kerjaya khas untuk staf FPSK dan ahli keluarga masing-masing.

9 November 2013 di Agrotek Resort Hulu Langat adalah tarikh & lokasi yang dipilih untuk mengadakan program tersebut.

Semoga ianya dapat merapatkan lagi hubungan kerjasama sesama staf & mengharmonikan silaturahim antara ahli keluarga staf-staf FPSK.

 



 

5-6 Oktober 2013 yang lalu telah berlangsung AHC kali keempat yang diadakan di Hotel Istana Kuala Lumpur. Majlis telah diserikan dengan kehadiran YAB Dato' Dr Hj Azmi Shapie sekaligus merasmikan majlis pada kali ini.

" Understanding Infections In Healthcare - The Recent Updates " adalah tema yang telah dipilih. Semoga segala hasil pembentangan dapat difahami sekaligus membawa erti yang berguna untuk kesihatan manusia sejagat pada masa hadapan.

 


 

Annual Health Conference 2013 bakal berlangsung pada 5 & 6 Oktober 2013. Justeru itu FPSK tidak ketinggalan untuk membuat promosi di hebahan awam antaranya di stesen radio. Stesen radio yang dipilih adalah Radio IkimFm.

Pada 12 September 2013, Dekan FPSK, Prof Madya Dr Zairina Abdul Rahman & Pengerusi AHC 2013, Dr. Nurzarina Abdul Rahman telah ditemubual melalui siaran langsung menerusi slot Warna Pagi kelolaan DJ Pian & DJ Siti.

 

 


 

 

Bertempat di aras 11 FPSK telah berlangsung jamuan aidilfitri yang diadakan cukup meriah dengan kehadiran staf-staf dan pelajar-pelajar FPSK. 3 ekor kambing golek telah disediakan beserta menu istimewa iaitu Nasi Arab, Satay dan berbagai lagi menu yang menarik perhatian kalbu setiap pengunjung.

Majlis lebih bermakna dengan kemasukan pelajar tahun 1 FPSK yang telah menjejakkan kaki ke fakulti pada hari tersebut, malah turut dijemput untuk memeriahkan majlis aidilfitri tersebut.

 


1 Jun 2013, bertempat di Hotel de Palma Ampang telah berlangsung seminar penyusuan susu ibu yang dianjurkan oleh FPSK Usim. Seramai 75 orang telah menyertai seminar yang julung kali diadakan ini.

Tujuan utama seminar ini adalah untuk memberi pendedahan berguna kepada para peserta mengenai teknik dan kebaikan penyusuan susu ibu pada alaf ke-21 ini. Majlis telah dirasmikan oleh Dr Maizatul Azma Masri, Pensyarah Perubatan Kanan dan Pakar Obstetrik dan Ginekologi USIM.

 


19-20 April 2013 adalah tarikh yang telah dipilih untuk diadakan bengkel akademik untuk pensyarah-pensyarah FPSK Usim. Kesemua pensyarah telah dapat menghadirkan diri pada bengkel pada kali ini.

Profesor Dr Edariah Binti Abu Bakar dari Universiti Pertahanan Nasional telah dijemput sebagai penceramah / pembimbing pada sesi percambahan buah fikiran mengenai hala tuju pembinaan sesuatu soalan itu.

Bengkel telah diadakan bertempat di Hotel Residence, Uniten.

 


 

Fardhu Kifayah adalah sesuatu yang sangat dituntut didalam Islam. Justeru itu pihak pengurusan akademik FPSK telah mengadakan satu bengkel pengurusan jenazah yang diadakan secara tahunan.

Seramai 50 orang peserta telah menyertai bengkel yang berlangsung selama dua hari ini. Hari pertama adalah sesi pengenalan dan teori , manakala pada hari kedua adalah sesi "hands on" yang menitik beratkan kemahiran dan kefahaman yang tinggi dan jitu tentang tatacara menyempurnakan jenazah.

Semoga segala ilmu yang dipelajari dapat dipraktikkan dan diamalkan satu hari kelak lantas berguna pada komuniti khususnya dan masyarakat Islam amnya.

 


 

Telah berlangsung satu pertemuan staf FSPK & FPG bersama Y.Bhg. Professor Dato' Dr. Asma Ismail selaku Naib Canselor USIM pada 20 Mac 2013, bertempat di Dewan Kuliah Ibnu Sina Tingkat 9, FPSK.

Banyak input dan maklumat terkini telah diperolehi dan segala persoalan yang diajukan turut dijawab pada hari tersebut. Pensyarah dan staf sokongan turut melahirkan rasa bertuah kerana  NC USIM telah sudi meluangkan masa melawat dan mendengar cadangan dan masalah yang dihadapi oleh staf di FPSK & FPG ini.

Semoga dengan pertemuan ini akan lebih mengeratkan lagi hubungan keakraban antara pihak pengurusan di USIM Nilai bersama staf-staf di USIM Kampus Pandan Indah.

 


 

Sebanyak 150 ekor ayam dan 6 ekor kambing telah disediakan untuk kursus sembelihan yang diadakan di Masjid al Azim Pandan Indah. Kursus tersebut diadakan secara dua tahun sekali. Sejumlah ayam telah disedekahkan kepada rumah anak yatim yang berdekatan manakala kambing telah di masak untuk jamuan orang ramai sekitar khariah masjid.

Semoga para pelajar dapat memahami tujuan dan teknik yang betul utk melaksanakan sembelihan yang patuh hukum syarak dan yang penting halalan toiyiban.

 


myGovernment  MSC MAMPU JPA PSPTN IIM 1MALAYSIA MQA KRSTE HRMIS JOM MASUK U myIdeas