Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, USIM telah menganjurkan satu seminar kesihatan peringkat kebangsaan kali pertama iaitu “Seminar On Handling Of Cadaver For Teaching Purposes : The Islamic Perspectives” atau lebih dikenali sebagai SPK 2018.
SPK 2018 telah berlangsung pada hari Selasa, 6 Februari 2018 dan telah diadakan di Dewan Kuliah Fakulti 1.1, Fakulti Ekonomi Muamalat. USIM. Para peserta yang hadir terdiri daripada golongan para pensyarah serta penyelidik, doktor perubatan, jururawat, sains kesihatan bersekutu serta para pelajar.
Kadaver telah digunakan secara meluas untuk pengajaran anatomi dan latihan perubatan di seluruh dunia. Bertepatan dengan kenyataan misi universiti, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Institut Pengurusan Fatwa Sedunia (INFAD) telah mencadangkan garis panduan untuk mengendalikan mayat dalam pengajaran dan pembelajaran, menurut perspektif Islam.