MMedSc


SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM SARJANA SAINS PERUBATAN (MOD CAMPURAN)



Pemohon yang hendak mengikuti Program Sarjana Sains Perubatan (Mod Campuran – 30:70) mestilah mempunyai sekurang-kurangnya salah satu daripada kelayakan berikut:

i.    Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri, M.D. atau MBBS atau kelayakan perubatan yang diiktiraf oleh
     pihak Senat dengan minimum CGPA 2.75; ATAU

ii.    Ijazah Sarjana Muda Pergigian (BDS) atau  kelayakan pergigian yang diiktiraf oleh pihak Senat dengan
      minimum CGPA 2.75; ATAU

iii.    Ijazah Sarjana Muda Perubatan Veterinar atau  kelayakan yang diiktiraf oleh pihak Senat dengan minimum
      CGPA 2.75; ATAU

iv.   Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dan mendapat CGPA sekurang-kurangnya 3.0 ke atas dari
      mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh senat dan sesuai dengan bidang yang dipohon;
      ATAU

v.   Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri, M.D. atau MBBS, Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian
     (BDS), Ijazah Sarjana Muda Perubatan Veterinar, Ijazah Sarjana Muda Sains atau kelayakan lain dalam bidang
      berkaitan yang diiktiraf oleh pihak Senat minimum CGPA kurang daripada 3.0 tetapi lebih daripada 2.50
      tertakluk kepada penilaian dalaman yang ditetapkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia; ATAU

vi.   Kelayakan lain dalam bidang berkaitan yang setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dengan gred
      baik atau Jayyid atau CGPA 3.00/5.00 ke atas atau 60% ke atas untuk kelayakan lain yang diiktiraf oleh
      Senat atau CGPA 2.75/4.00 ke atas tertakluk kepada peraturan di bawah International Academic Grade Guide
      for USIM; ATAU

vii.   Lain-lain kelayakan yang setara dengan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan dengan CGPA minimum 2.75
       seperti yang diiktiraf oleh Senat USIM; ATAU

viii.  Ijazah Sarjana Muda yang tidak mencapai CGPA 2.50, boleh diterima masuk tertakluk kepada minimum sepuluh
      tahun (10) pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan.

SYARAT KEPERLUAN BAHASA BAGI PROGRAM SARJANA SAINS PERUBATAN
(MOD CAMPURAN)

http://cgs.usim.edu.my/info-kemasukan/keperluan-bahasa


Click here for Total Tuition Fee For Master of Medical Science (MIX MODE)

 

 

myGovernment  MSC MAMPU JPA PSPTN IIM 1MALAYSIA MQA KRSTE HRMIS JOM MASUK U myIdeas