Ini adalah merupakan detik bersejarah bagi Klinik Pakar Kesihatan USIM (KPKU). KPKU sekali lagi turun padang untuk menyumbang tenaga dari segi khidmat kesihatan dan pergigian.
Kali ini caranya lebih unik kerana pasukan kesihatan telah mengunjungi rumah Baitul Sakinah Hidayah yang terletak di Taman Warisan, Sepang.
Rumah ini menempatkan pelajar-pelajar lelaki asnaf dan anak yatim di asrama tersebut. Program ini juga disertai oleh anak-anak daripada rumah asnaf dan anak yatim perempuan yang berdekatan. Seramai lebih kurang 40 orang anak-anak telah hadir di dalam program ini.
Menurut pengarah program aktiviti ini, Dr Mohd Radzniwan B. A.Rashid, program ini menjadi lebih unik lagi apabila ianya dibiayai oleh tabung tabarru’ di mana tabung ini bertujuan untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan. Selain daripada pemeriksaan kesihatan, sumbangan berbentuk wang ringgit juga telah diberi kepada pengurus rumah tersebut. Acara berakhir pada pukul 1 tengahari. Semoga acara sebegini boleh diteruskan lagi bagi menolong mereka yang kurang berkemampuan seperti anak asnaf dan yatim ini. (1 Mac 2018)